Politik

Jangan tertipu dengan PH – Saarani

IPOH 13 Nov.  – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak termakan dengan janji Pakatan Harapan (PH) sepertimana mereka diperdaya semasa berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu.

PH pada masa itu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi mereka seolah-olah kerajaan yang akan mereka bentuk memberikan segala-galanya dengan percuma.

Tegas Saarani, malangnya mereka tidak melunaskan janji-janji tersebut selepas diberikan mandat memerintah oleh rakyat.

“Yang pasti mereka menguatkan diri dengan menerima opportunist politik untuk menyertai mereka.

“Yang tidak melompat diugut dan didakwa. Mereka yang melompat diberi keistimewaan dan lantikan.

“Ingatlah, antara langkah-langkah awal kerajaan ketika itu ialah memboloskan pemimpin mereka dari penjara serta melepaskan mereka dari pendakwaan,” ujarnya.

Menerusi hantaran pada laman Facebook beliau, Saarani juga mahu rakyat rakyat menilai supaya jangan tertipu lagi.

“Janganlah tertipu kali kedua. Janganlah dipatuk ular dari lubang yang sama sekali lagi.

“Harus diingat Perikatan Nasional itu adalah sebahagian dari Pakatan Harapan. Mereka terdiri dari muka yang sama, hanya lambang sahaja berbeza.

“Memilih PH atau PN adalah seperti diminta untuk dipatuk oleh ular yang sama kali kedua.

“Jangan tertipu lagi. Pangkah yang betul. Undilah Barisan Nasional bagi mewujudkan kerajaan yang stabil demi kesejahteraan semua,” jelas beliau.

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button