Luar Negara

100,000 dijangka maut akibat Covid-19 di AS

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meramalkan lebih 100,000 kematian akibat COVID-19 dicatatkan menjelang akhir Mei, lapor agensi berita Anadolu.

“CDC mengesan 12 model berbeza yang meramalkan kemungkinan kematian #COVID19 di AS. Sehingga 11 Mei, semua meramalkan kematian akan meningkat pada minggu berikutnya dan jumlah kumulatif melebihi 100,000 menjelang 1 Jun,” tulis pengarah CDC Dr Robert Redfield di twitternya pada Jumaat.

Institut Kesihatan di Washington University meramalkan 140,000 penduduk AS akan maut pada awal Ogos.

Sehingga Jumaat malam, AS melaporkan lebih 1.4 juta kes dan angka korban melebihi 87,400, menurut Johns Hopkins University.

Sejak virus COVID-19 mula dikesan di Wuhan, China Disember lalu, wabak itu telah merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Di seluruh dunia ada lebih 4.5 juta orang dijangkiti dan lebih 300,000 pesakit meninggal dunia manakala 1.6 juta lagi sembuh. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button