Hiburan

Zizi bekas penyampai radio Suria FM meninggal dunia

SATU berita mendukacitakan para pendengar radio Suria FM hari ini apabila bekas penyampai stesyen itu, Ahmad Zuwairi Mohd Nor meninggal dunia dipercayai lemah jantung.

Ahmad Zuwairi atau lebih dikenali sebagai Zizi dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka pada pukul 1.47 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergian Zizi, 42, dikongsi oleh birasnya, Muhammad Saffuan.

Zizi dikatakan dikejarkan ke hospital berkenaan selepas tidak sedarkan diri pada pukul 11 malam di rumahnya.

Menurut isterinya, Noor Hidayah Sabidi, ketika di rumah, Zizi mengadu badannya penat dan masuk ke bilik untuk berehat.

Dia kemudian mendapati suaminya tiada tindak balas apabila dia cuba memanggilnya lalu terus menghubungi ambulans.

Sebelum ini Zizi pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat masalah lemah jantung dan air berlebihan dalam badan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak berusia antara 2 tahun dan 6 tahun.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Katil, Melaka, hari ini.

Salam takziah buat keluarga allahyarham daripada warga kerja SUARA MERDEKA.

BACA Edar dadah: Bekas deejay radio, Ismahalil diperintah bela diri

(Visited 700 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button