Nasional

Zii Jia kembali ke prestasi terbaiknya

DI sebalik cabaran yang dihadapinya di dalam dan di luar gelanggang sejak setahun lalu, tidak dapat dinafikan bahawa Lee Zii Jia menyerlah pada Piala Sudirman di Suzhou, China.

Malah, pemain berusia 25 tahun itu mengakui sudah lama dia tidak berseronok di gelanggang.

Bekas pemain nombor dua dunia itu mempamerkan satu lagi aksi mantap untuk menewaskan pemain nombor lima dunia Chou Tien Chen 21-14, 23-21 dalam saingan Kumpulan C Malaysia menentang Taiwan hari ini.

Kemenangan Zii Jia ke atas pemain Taiwan itu dalam lapan pertemuan, memberikan Malaysia mendahului 2-0, selepas beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencatatkan kemenangan pertama dengan perjuangan keras 17-21, 21-19 , 21-17 menang ke atas Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Ketika ini, Malaysia mendahului 3-1 ke atas Taiwan dan akan mengungguli Kumpulan C.

“Chou (Tien Chen) dan saya telah bermain banyak perlawanan sebelum ini, jadi ia benar-benar kemenangan yang penting,” tambahnya. – SM

Baca juga : Sukan SEA: Malaysia tewaskan Singapura 3-0 untuk emas hoki lelaki

 

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button