NasionalNegeri

Raja, Raja Perempuan Perlis terima mengadap Timbalan Ketua Polis Negara

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman di Istana Perlis, Kuala Lumpur, semalam.

Berangkat sama Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menerima jambangan bunga yang dipersembah Zainah di Istana Perlis di Kuala Lumpur.

Selesai majlis mengadap, Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua pihak dan individu yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah bersempena Hari Ulangtahun Baginda Ke-80 hari ini, 17 Mei melalui pelbagai medium yang tidak dapat dijawab satu persatu.

Baginda juga mendoakan agar Perlis terus makmur, aman dan sentosa selamanya serta seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup sekarang ini dan juga pada masa-masa yang mendatang. – SM

BACA Penganjur, penceramah agama tak bertauliah perlu dikenakan tindakan- Raja Perlis

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button