Nasional
Zahid jalani kuarantin kendiri
SELEPAS disahkan positif Covid-19, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini menjalani kuarantin kendiri.
Melalui hantaran ke Facebook milik beliau, Zahid memberitahu berada dalam keadaan sihat.
“Syukur alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini. Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain.
“Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.
“Bagaimanapun iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. InsyaAllah,” katanya.
Zahid sepatutnya menghadiri Sidang Khas Parlimen yang berjalan selama lima hari bermula esok.