Luar Negara

Youtuber buat content berani mati, tanam diri bersama ular sawa

Seorang Youtuber dari Indonesia dengan beraninya membuat satu eksperimen menanam dirinya bersama ular sawa bersaiz besar di sebuah perkuburan.

Youtuber buat content berani mati, tanam diri bersama ular sawa

Eksperimen ini turut dihadiri oleh orang ramai serta beberapa kru petugas keselamatan demi menjaga keamanan tempat.

Youtuber yang dikenali sebagai Gilang Barbie, melakukan ‘content’ tersebut bertujuan mengajak orang ramai mengingati detik kematian.

Gilang ditanam secara hidup dengan keadaan dikapankan dan dilengkapi bersama alat komunikasi serta alat bantuan pernafasan dan juga kamera

Bagaimanapun, keadaan bertukar panik selepas lelaki itu menjerit akibat kehabisan oksigen serta mengalami sesak nafas yang memaksa orang ramai segera menggali kubur tersebut.

Lelaki itu kemudian ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke hospital berhampiran.
Sehingga kini tiada khabar dan berita dari lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan :>

Youtuber persoal RichWorks papar papan iklan lahir jutawan di sepanjang lebuh raya. Skim cepat kaya ke?

Youtuber direman terlibat kes bunuh teman wanita

YouTuber Atta Halilintar gentar nak jumpa Kris Dayanti tapi nak kahwini Aurel

Wow! Lebih Sejuta Pengikut Di Youtube, Ini 7 Youtuber Indonesia Paling Popular!

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button