Politik

YB Teng Chang Khim jangan biadab – Razali Idris

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, tindakan pemimpin DAP yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang yang mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin adalah satu perbuatan biadab dan tidak patriotik.

Teng Chang Khim

Beliau berkata, kritikan kurang ajar Teng Chang Khim yang juga seorang Exco kerajaan Negeri Selangor itu tidak melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

“Anda patut malu dengan diri sendiri dan malu kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya!

“Justeru saya mendesak Teng Chang Khim memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadabnya itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Razali turut mempersoalkan tindakan Chang Khim, apakah sebagai ejen provokasi kerajaan Israel yang cuba memanipulasikan keadaan semasa termasuk mengkritik kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Adakah tindakan pemimpin DAP dan parti DAP mempunyai kaitan langsung dengan arahan negara haram Israel bagi menganggu-gugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara seperti Malaysia yang menyokong kuat kepada perjuangan dan kemanusiaan rakyat Palestin?

“Saya mohon kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP yang mungkin menjadi boneka kepada negara haram Israel.

“Saya mengulangi pendirian tegas bagi parti Bersatu supaya jangan ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” tegas beliau.

Beliau menambah, kenyataan medianya itu adalah sebagai mengulas tindakan biadab pemimpin DAP, Teng Chang Khim yang mengkritik tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pencerobohan serta keganasan tentera Israel.

Pendirian negara Malaysia terhadap Palestin, kata Razali, tidak ada kena mengena langsung dengan pandemik Covid-19 kerana ia adalah dua isu yang sangat berbeza.

Isu yang berlaku di bumi Palestin bukannya diminta tetapi akibat kerakusan dan kekejaman Israel yang dirancang dan berulang-ulang, kata Razali.

“Maka tidak berasas langsung andainya dakwaan bahawa Perdana Menteri cuba mengalih persepsi rakyat Malaysia dalam permasalahan dalaman negara seperti pandemik Covod-19.

“Kerajaan PN sentiasa fokus dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan rakyat dan prihatin dengan permasalahan sejagat,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button