Nasional

‘Wheelie’ makan tuan!

TUNJUK hebat tak kena tempat. Jalan raya bukan tempat atau gelanggang untuk mempamerkan aksi wheelie menunggang motosikal kerana ia akan mengundang padah bukan sahaja kepada diri penunggang itu sendiri bahkan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Aksi makan tuan yang mana paparan berbahaya ‘wheelie’ seorang penunggang motosikal dipercayai dilihat di beberapa lokasi sekitar ibu kota dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) membuatkan akhirnya dia ditahan kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 7 petang, Ahad selepas aksi videonya tular di media sosial Khamis lepas.

“Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan 1987 pada 2018.

“Dia dikenakan hukuman perintah khidmat masyarakat selama setahun selain lesen memandunya digantung selama dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Motosikal serta pakaian yang digunakan dalam video itu turut disita untuk siasatan lanjut,” kata Zulkefly dalam kenyataannya.

Beliau berkata, individu yang merakam video itu masih dikesan dan akan disiasat kerana bersubahat mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran. – SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button