NasionalNegeri

Yayasan Wilayah Persekutuan serah Bantuan Prihatin Pendidikan

LEBIH 18,300 anak-anak di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menerima sumbangan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Sumbangan itu diberikan melalui Bantuan Prihatin Pendidikan YWP Khas sempena Ramadan yang diberikan kepada mereka bagi tujuan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Selain itu, sumbangan sama turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah melalui Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan yang melibatkan 10,000 orang murid.

Bantuan yang diberikan sejak 2015 itu turut disampaikan kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah menerusi Skim Biasiswa Khas Anak Wilayah berjumlah RM1 juta yang diserahkan kepada hampir 4,000 murid tingkatan 1 hingga 5.

“Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam Yayasan Wilayah Persekutuan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu golongan B40 dan warga Wilayah Persekutuan yang tidak berkemampuan melalui aktiviti atau program pembangunan pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan teknologi.

“Di samping itu juga, YWP turut menyalurkan hasil perniagaan dengan memberi bantuan kepada golongan B40 dan warga Wilayah Persekutuan yang tidak berkemampuan.”

Demikian kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa YWP semalam.

Tambahnya, selain daripada bantuan sedemikian, YWP mahu terus komited untuk memberikan bantuan seperti Bantuan Bencana, Skim Khairat Kematian (Skim Prihatin Wilayah Persekutuan) dan Bantuan Khas Covid-19.

Malah, program yang dilihat memberi impak besar bagi penduduk Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah Program MyBeras@Wilayah.

Program itu libatkan pemberian 5,750 kg beras 5 kg setiap minggu kepada warga Wilayah Persekutuan sejak 1 Februari lalu.

ANNUAR MUSA

“Adalah menjadi harapan saya agar semua agensi di Wilayah Persekutuan dapat terus bekerjasama serta memberikan sokongan yang padu kepada YWP untuk meneruskan usaha mencari dana untuk tujuan membantu rakyat Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik tidak kira bangsa, agama maupun latar belakang sosial,” sarannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button