Politik

Yang sebenar darurat Muhyiddin, bukan negara – Mat Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ketika ini bukan negara yang sedang mengalami darurat tetapi sebalinya keadaan itu dialami oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Mohamad mendakwa, Muhyiddin kini bergelut untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Kata Mohamad, jangkitan Covid-19 tidak seharusnya menjadi alasan kepada kerajaan untuk melaksanakan perintah darurat.

Menurut bekas menteri pertahanan itu, kerana negera mempunyai undang-undang yang boleh digunakan bagi mengawal dan membasmi wabak tersebut.

“Bagi saya yang benar-benar darurat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara. Beliau dalam keadaan ‘darurat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Jika alasannya Covid 19, kita sudah ada undang undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengistiharan darurat kepada negara,” kata Mohamad dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

Beberapa portal berita melaporkan Kerajaan ingin mendapatkan perkenanan Yang di-Pertuan Agong bagi pengisytiharan darurat pandemik Covid-19 yang penularannya memasuki gelombang ketiga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan bergegas ke Kuatan, Pahang selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Mesyuarat Khas Kabinet dihadiri oleh ketua agensi kerajaan yang merupakan sebahagian dariapda Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mereka adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Muhyiddin Yassin dilaporkan tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota sekitar pukul 4.40 petang.-SM
(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button