Nasional

Mana mungkin kita biarkan bukan warganegara mati kebuluran di atas tanah Malaysia?

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gusar dengan situasi di Sabah dan beliau berkata, Secara jujur, beliau tidak faham kenapa pakej bantuan Sabah lambat dilaksanakan dan bukan ia susahpun.

1. Bantuan sewa dan pengecualian sewa untuk rumah kerajaan.

2. RM737 juta untuk RM1,000 setiap 737,000 penerima BPN di Sabah.

3. Lanjutan dan tambahan diskaun bagi Sabah elektrik.

4. Peruntukan tambahan bagi setiap ADUN untuk salur bantuan makanan.

5. Arahkan bank di Sabah untuk lanjutkan moratorium secara pukal.

6. Umumkan beberapa projek infrastruktur mesra rakyat berskala kecil seluruh sabah seperti baiki jalan, baiki rumah dan jambatan yang cepat untuk dilaksanakan supaya ekonomi tempatan masih jalan dan ada kerja tambahan bagi penduduk di sana.

7. Saringan percuma untuk B40 yang ingin saringkan diri.

8. Wujudkan tabung Covid Sabah supaya kita di semenanjung boleh salurkan sumbangan kepada NGO-NGO tempatan Sabah untuk mereka membantu termasuk membantu penduduk yang tidak berdokumen.

“Mana mungkin kita biarkan bukan warganegara mati kebuluran di atas tanah Malaysia?” katanya.

Ada yang mungkin perlu sedikit masa lagi untuk dilaksanakan tapi Sabah dengan rizab RM3 bilon serta peruntukkan kecemasan dari kerajaan pusat mampu untuk melaksanakan.

“Tapi umum dulu supaya warga Sabah tahu mereka dihargai dan akan dijaga,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Wanita Pakatan Harapan, Senator Aiman Athirah mendakwa Program Bakul Makanan gagal diedarkan secara menyeluruh di beberapa buah daerah di Sabah yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional itu juga berkata, kelemahan kerajaan dalam menyalurkan bantuan ke seluruh kawasan terlibat menjadi ancaman paling besar untuk rakyat Sabah.

Menurutnya, bantuan didapati gagal sampai kepada setiap mangsa yang sepatutnya menjadi sasaran dan keutamaan pada masa kritikal, sehingga mereka kini berhadapan dengan risiko kebuluran.

“Perlu diinsafi bahawa kebanyakan rakyat Sabah masih berada pada tahap kemiskinan, menyara kehidupan dengan bekerja harian. Kais pagi makan pagi, kais petang makan malam.

“Justeru, situasi PKPD akan menyebabkan kebanyakan mereka akan hilang sumber mata pencarian sekaligus tiada apa yang boleh disajikan di atas meja makan.

“Ditambah dengan langkah pelaksanaan PKPD yang kini akan dipanjangkan lagi dari 24 Oktober sehingga 6 November 2020, ia akan menjadi malapetaka besar kepada rakyat kita di sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan, adalah penting untuk kerajaan Persekutuan bersama kerajaan Negeri Sabah mempertingkatkan penyampaian bantuan makanan dan hak asasi lain termasuk bekalan perubatan ke setiap pintu rumah rakyat yang terlibat.

Sekiranya tidak katanya, penduduk Sabah akan berhadapan dengan risiko kebuluran yang bukan sedikit, malah tidak mustahil sehingga ke tahap kehilangan nyawa yang bukan akibat penyakit Covid-19, tetapi kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan dalam memastikan hak asasi rakyat tidak diabaikan.

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button