Ekonomi

Worldwide berjaya merangkul anugerah ‘Pembangunan  Bandar Sejahtera Terbaik’

BARU-baru ini syarikat terkemuka  Worldwide Holdings Berhad  (WHB), melalui bahagian Worldwide Property, berjaya merangkul anugerah Pembangunan  Bandar Sejahtera Terbaik untuk projek Daunan Worldwide di majlis Anugerah Pemaju  Hartanah ASEAN 2023/2024, anjuran Des Prix Infinitus Media.

Kecemerlangan  dalam sektor hartanah di seluruh Asia Tenggara, menerima anugerah tersebut bagi pihak WHB semasa majlis Makan  Malam Gala Anugerah yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor.

Dilancarkan pada 2019, Daunan Worldwide adalah merupakan penerima penghormatan  “Anugerah Merit Pelan Induk Landskap” oleh Institut Seni Bina Landskap Malaysia pada 2017  dan “Anugerah Mesra Keluarga” oleh StarProperty pada 2020.

Dibangunkan di kawasan  seluas 439 ekar di Alam Perdana, Selangor, dengan anggaran GDV sebanyak RM2.1 bilion,  Daunan Worldwide merangkumi 14 fasa, dengan 2 fasa telah disiapkan dan diserahkan,  manakala dua fasa berikutnya sedang dalam pembinaan.

Unit untuk Fasa 3, Lemuni, kini  dibuka untuk jualan, menyasarkan pembeli muda dan moden, serta yang berminat untuk  menaik taraf kediaman sedia ada.

Antara kriteria yang mengangkat Daunan Worldwide sebagai pemenang kategori tersebut  adalah ketersediaan kemudahan kesihatan berdekatan, kawasan hijau yang subur, kawasan  rekreasi, amalan kelestarian, inisiatif kemasyarakatan seperti program kesihatan, dan akses  mudah ke pelbagai lebuh raya utama.

Pembangunan ini turut menampilkan reka bentuk  inovatif, produk berkualiti serta aspek keselamatan yang memuaskan.

Diilhamkan oleh tiga tonggak kesejahteraan WHB – fizikal, sosial dan alam sekitar – setiap  fasa kediaman di Daunan Worldwide merangkumi taman permainan kanak-kanak, kawasan  hijau berlandskap dan kira-kira setengah ekar plot pertanian bandar komuniti bagi  menggalakkan penglibatan penduduk dengan aktiviti sosial dan berkebun.

Perbandaran ini  turut dilengkapi tasik buatan manusia seluas 13.3 ekar dengan empat pulau yang  dihubungkan oleh pelantar laluan, ideal untuk penduduk berkumpul dan bersosial.

Kemudahan lain termasuk trek joging sejauh 1.8 km, padang bola sepak bertaraf  antarabangsa, persiaran serta landskap subur di kawasan tasik sebagai “paru-paru hijau”nya.

Mengulas mengenai pengiktirafan terbaru ini, Ketua Pegawai Worldwide Property Sr. Hamyzar Toha mengatakan ia adalah bukti kerja kuat dalam membangunkan projek ini.

“Selaras  dengan nilai teras WHB iaitu ‘Kecemerlangan,’ anugerah ini adalah bukti dedikasi kami  terhadap kualiti dalam setiap aspek pembangunan projek, daripada perancangan dan reka  bentuk sehinggalah pelaksanaan. Pengiktirafan ini juga bukti komitmen kami kepada usaha  menyediakan ruang kediaman mampu milik tetapi mewah untuk komuniti yang sedang  berkembang yang kami laksanakan dalam projek kami menerusi gabungan ciri-ciri  kesejahteraan dan gaya hidup berkomuniti.”

 

“Sejak dahulu lagi, Worldwide Property telah menerapkan konsep kesejahteraan dalam  pembangunan kami, seperti Subang Bestari yang berketumpatan rendah dengan purata 8 unit  seekar, dan Puncak Bestari yang kawasan pembangunan bersihnya hanya 35%, bagi  memastikan para penduduk dapat menikmati ruang kediaman yang luas, kawasan hijau dan  pelbagai kemudahan berorientasikan kesihatan.

 

Suasana sebegini yang jauh dari dari hiruk pikuk kehidupan moden serta rancak dengan aktiviti kemasyarakatan terbukti menarik ramai  pembeli projek perumahan kami, termasuklah Daunan Worldwide dan Lyra Residensi yang  mendapat tempahan penuh walaupun baru dilancarkan di Cyberjaya bulan lepas,”  Jelasnya.

 

Turut menerima anugerah ‘Pemaju Inovatif’ bagi pihak Worldwide Property  untuk kecemerlangan inovasi serta semangat mereka dalam membangunkan komuniti dan  ekonomi.

Dalam setengah tahun akan datang, WHB merancang untuk melancarkan beberapa fasa  kediaman baharu dengan Bukit Bandaraya Shah Alam sebagai sorotan utama.

Ini merupakan kawasan rumah teres terakhir di pusat bandar Shah Alam selain bakal menampilkan persekitaran yang nyaman kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit  Cherakah seluas 750 ekar.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek-projek kediaman

berprestij WHB, sila layari www.worldwideproperty.com.my.

Artikle Berkaitan :>

Worldwide antara pemberi sumbagan terbesar pada SAYS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button