Hiburan

Watie dedah Shuib bertahun tak ambil gaji Bubblebee

WATIE, isteri kepada pelawak terkenal Shuib, baru-baru ini mendedahkan bahawa suaminya tidak mengambil gaji daripada syarikat Bubblebee Sdn Bhd sejak bertahun lamanya, walaupun berdepan dakwaan menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.

Menurut Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, Shuib telah lama tidak menerima bayaran daripada syarikat tersebut. Sebaliknya, Shuib yang bernama penuh Shahmira Muhamad, dikatakan menggunakan simpanannya sendiri demi membayar gaji pekerja di Bubblebee.

“Sudah bertahun-tahun dia tidak ambil gaji. Malah, setiap bulan dia keluarkan duit poket sendiri untuk memastikan gaji pekerja terbayar,” katanya dalam satu hantaran Instastory.

Pendedahan ini muncul sebagai balasan kepada tuduhan yang menyatakan Shuib menggunakan wang syarikat untuk membiayai perjalanan umrah ke Makkah. Tuduhan itu timbul selepas Shuib dikaitkan dengan isu tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pekerja di Bubblebee.

“Dia difitnah. Semoga Allah memberi ketabahan kepada suamiku. InsyaAllah, dia tahu membezakan yang halal dan haram. Maaf, saya agak emosional kali ini,” tulis Watie lagi.

Artikel Berkaitan: Tuduhan Shuib Guna Wang Perkeso Untuk Umrah Adalah Fitnah Luar Biasa

Shuib bersama keluarganya dilaporkan telah berangkat ke Tanah Suci pada penghujung Oktober lalu untuk menunaikan ibadah umrah. Sebelum berangkat, Shuib memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kekhilafan di pihaknya dan keluarga.

Hanya beberapa hari selepas pulang dari Mekah, isu mengenai tuntutan bayaran RM17,500 yang dikatakan akibat tunggakan caruman Perkeso pekerja kembali menjadi perbincangan hangat. Shuib bagaimanapun menyatakan bahawa isu tersebut merupakan cabaran dalam perniagaan, dan beliau telah bertanggungjawab membayar denda yang dikenakan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button