Nasional

Warkah terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Warkah terbuka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Ampun Tuanku,

Demi Rakyat Mejoriti

Sekali lagi patik mohon menulis warkah untuk ke Bawah Duli Tuanku bagi pertimbangan kepentingan Negara Malaysia tercinta.

Rakyat sangat teruja dengan kebijaksanaan Tuanku didalam menangni isu polimik Politik yang melanda Negara hari ini. Tuanku secara bijaksana telah menggunakan bidang kuasa Tuanku untuk memanggil setiap Ahli Parlimen bagi menunjukkan sokongan dan cadangan bagi membentuk kerajaan.

Setelah selesai saringan, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen yang mendapat sokongan Mejoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan menubuhkan Kerajaan. Walaupun ada pandangan yang berkata bahawa boleh melantik Perdana Menteri dari kalangan Minoriti sokongan, ianya tidak kuat dari sudut pandangan Undang-undang tubuh kerajaan, namun patik mahu membawa lakskap yang sedikit kelainan bagi digunakan pihak Tuanku membuat keputusan.

1. Polimik kerisauan rakyat jelata selama Pakatan Harapan menjadi Kerajaan, kebanyakkan ianya berkisar kepada pertembungan kepentingan hak orang Melayu. Berkait rapat dengan Perlembagaan Negara Malaysia.

2. Ada banyak peristiwa sepanjang PH memerintah bertembung dengan hasrat Perlembagaan. Bermula dengan Adun DAP yang menggunakan tulisan Mendarin sebagai utusan rasmi Kerajaan, diikuti tulisan Tamil oleh Menteri DAP, jelas ianya melanggari Perlembagaan Negara, selepas itu ICERD mahu di menterai oleh PH, yang mana ianya akan memberikan kebebasan hubungan antara Gender dan sex bebas dihalalkan didalam Malaysia. Isu Rom Statute, patik dan rakan-rakan menjelajah membantah kerana ianya akan mengheret Institusi Raja ke kancah undang-undang antarabangsa yang tidak adil untuk Raja-raja Melayu. RUU355 dan isu Murtad, Jawi dan lain-lain isu bekenaan dengan kesucian perlembagaan. Ini antara isu yang membangkitkan kemarahan Rakyat jelata.

3. Sudah ternyata kegagalan Kerajaan PH adalah disebabkan komposisi Ahli Parlimen yang ada tidak mencerminkan kedudukan kaum Mejoriti di Malaysia iaitu Melayu dan Bumiputera.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku,

1. Komposisi pecahan kaum yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri terdiri daripada.

1. Bukan Melayu 59 Orang
2. Melayu 33 Orang.

2. Sekiranya PH diberikan sekali lagi membentuk Kerajaan, perkara asas yang melanggari Perlembagaan akan lebih kronik dan Rakyat Mejoriti tidak akan mendapat keadilan yang saksama dari sudut pentadbiran. Agama Islam akan disamaratakan dan urusan Melayu Bumiputera akan terus terabai seperti yang mereka lakukan di Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat dan lain-lain yang sepatutnya menjaga kepentingan Rakyat Mejoriti dan keistimewaan Bumiputera.

Jenteru itu Tuanku, Patik memohon budibicara Tuanku dan pertimbangan Tuanku untuk menggunakan data ini didalam pembuatan Keputusan.

Patik juga memohon agar Mandat Rakyat dipulangkan semula, beri laluan kepada Pilihanraya. Negara melalui stock market telah kehilangan RM42 Billion dalam masa satu hari Kerajaan Jatuh, ianya tidak boleh dibandingkan dengan RM400 Juta, terlalu jauh sekira dibandingkan.

Ampun Tuanku beribu ampun,
Sembah Patik harap di ampun.

Datuk Mohd. Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO Malaysia.
2 Rejab, 1441
27 Feb. 2020

(Visited 914 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button