fbpx
Politik

Warisan Naik Kerana Khianat

PADA Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) rakyat Sabah telah memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah Sabah.

Namun, Parti Warisan Sabah (Warisan) telah bertindak mengkhianati mandat rakyat itu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN Sabah tidak kalah pada PRU-14 lalu, tetapi ia ditumbangkan selepas pilihan raya melalui perbuatan khianat.

“Dulu mandat rakyat kepada BN Sabah, bukan Warisan maka kini mereka jatuh akibat daripada perbuatan mereka sendiri.

“Itu janji tuhan, jangan khianat pada orang lain kerana akan dikhianati juga maka tak hairanlah sebab itu Warisan tak kekal lama.


“Mereka yang nak buat pilihan raya sedangkan kita tak mahu tapi itu keputusan mereka maka kita ‘radu tatap radu’,” katanya di Majlis Pelancaran Gerak Gempur dan Pengundi Muda Parlimen Kalabakan, semalam.

Katanya, hasil perjuangan BN Sabah telah ditadbir dengan berjaya hingga berjaya mengubah landskap ekonomi dan masyarakatnya.

“Dulu mereka ke mana-mana kata ‘Sabah Ubah’ hingga ramai yang terpengaruh… tapi apa jadi… mereka menipu… janji 45,000 pekerjaan kepada anak muda langsung tak ada.

“Projek yang boleh mendatangkan hasil dan memberi transformasi kepada rakyat dihentikan. Pan Borneo bukan projek murahan atau untuk kroni tapi untuk rakyat yang di dalamnya ada lebih 40,000 peluang pekerjaan.

“Mereka berhentikan projek mega sedangkan kalau ini diteruskan akan beri manfaat kepada seluruh rakyat Sabah,” katanya.

Menurut Dr. Asyraf, rakyat mahukan perubahan yang lebih baik.

“Tukar kerajaan dulu ingatkan dapat lebih baik tapi tak ada apa-apa maka hari ini rakyat mahu kembali semula kepada BN,” katanya.

Beliau menegaskan, UMNO dan BN bukan parti yang lahir di jalanan, bukan lahir berguling-guling di atas jalan raya, bukan dari perasaan dendam, kecewa, marah dan fitnah tetapi merupakan parti yang ditubuh untuk memperjuangkan rakyat.

“Inilah parti perjuangan yang mesti terus dipertahankan. Jika dulu anak muda terpengaruh mahu ubah dan sudah ubah tapi hari ini anak muda tahu yang mereka sudah ditipu,” tegas beliau.

Berkaitan dengan jentera pemuda yang bergerak sebagai jentera kempen, katanya Pemuda UMNO memang terkenal dengan gerak gempur.

“Dekati pengundi mereka biarpun di hadapan rumah mereka ada bendera parti lain… kita gempur mereka, tarik undi mereka dan pastikan pada 26hb nanti undi ‘timbangan’ (BN),” katanya. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button