fbpx
Nasional

Warga emas ditemukan mati keseorangan di rumah

BAU busuk yang disedari jiran membawa kepada penemuan mayat seorang warga emas yang ditemukan maut di sebuah rumah di Taman Muda, Ampang, Selangor hari ini.

Difahamkan, mayat wanita yang berusia 70-an itu dipeRcayai telah meninggal dunia sejak empat ke lima hari yang lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

“Sepasukan polis tiba dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat masuk ke dalam rumah itu dan menemui seorang wanita terbaring di bawah kerusi di ruang tamu.

“Pegawai perubatan daripada Hospital Ampang juga mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh empat atau lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


BACA> Pindaan akta pemandu mabuk ke Parlimen sesi ini

Noor Azmi berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati tiada kesan yang berkaitan unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tinggal sendirian di rumah berkenaan dan disahkan oleh anak perempuan mangsa berumur 35 tahun.

“Mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini untuk bedah siasat,” katanya. -SM

 

Show More

Related Articles

Back to top button