PolitikPRK

Wanita UMNO Sabah Hargai Autonomi Yang Diberi, Sedia Pastikan Kimanis Milik BN – Jainab

Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis akan menjadi medan untuk membuktikan bahawa rakyat Sabah menghargai autonomi yang diberikan oleh parti dan bersedia memastikan kerusi Parlimen ini tetap milik Barisan Nasional (BN).

Katanya, jentera Wanita UMNO Sabah sudah bersiap sedia untuk bekerja dalam PRK Kimanis ini.

“Sekarang kami akan tunjukkan bahawa pemberian autonomi Sabah ini sangat berguna kepada Sabah dan kami akan membuktikan dengan cara tersendiri,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Jelas beliau, anggota jentera parti bukan hanya Wanita tapi turut bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang akan bergerak ke semua kawasan di Kimanis untuk mendekati pengundi.

“Kalau pengundi di bawah berumur 40 tahun, Puteri dan Pemuda yang akan menjadi JR tetapi apabila pengundi yang berumur 40 tahun ke atas ketua wanita dan ketua cawangan yang akan menjaganya.

“Kami komited dan berminat serta perlu memahami kehendak pengundi iaitu dari mula sehingga selesai PRK, dan kami akan memastikan rakyat khusunya pengundi di Kimanis mempunyai maklumat yang cukup agar tidak tertipu lagi dengan apa-apa janji.

“Muafakat Nasional ini akan dilakukan dengan cara Sabah dan akan terus bekerjasama dengan komponen BN dan Gagasan Sejahtera serta melihat isu tempatan atau Nasional,” ujarnya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Januari, pengundian awal pada 14 Januari dan 18 Januari sebagai hari mengundi.

PRK Parlimen Kimanis ini diadakan berikutan Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan pilihan raya kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai tidak sah dan batal.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kerana terdapat kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya dan sekali gus membenarkan petisyen dikemukakan bekas calon Warisan, Datuk Karim Bujang. – UMNO ONLINE

(Visited 566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button