fbpx
Politik

Pergeseran dalaman PKR dan harapan Wan Azizah

PENGERUSI Majlis Penasihat PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail berharap pergeseran dalam parti itu selesai pada kongres yang akan diadakan di Melaka pada 5 hingga 8 Disember ini.

Walaupun kepimpinan PKR menafikan wujudnya pergesaran dalam parti yang berusia 21 tahun, namun reaksi Dr. Wan Azizah ketika ditanya mengenai perkara itu beliau seolah-olah mengiyakannya.

Sebab itu  Dr Wan Azizah berharap agar segala isu dan ‘pergeseran’ dalam parti itu dapat diselesaikan segera.

Dan beliau berharap penyelesaian itu dapat dicapai pada kongres ke-14 parti yang berusia 21 tahun dan mempunyai kira-kira sejuta anggota.

“Insya-Allah, kita harap.. (dapat diselesaikan),” itu responnya ketika ditanya mengenai perkara itu ketika ditemui pada program Khatan Perdana Parlimen Pandan, Kuala Lumpur semalam.


Kenyataan itu juga tidak memberikan kepastikan sama ada retak yang menanti belah dalam PKR itu dapat diatasi atau tidak.

Cuma hanya dapat berharap.

PKR dilihat sedang mengalami masalah dalaman berikutan ‘pergeseran’ antara Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Mohamed Azmin sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan penyokong antara dua pemimpin itu.

Mengenai kongres itu, Dr. Wan Azizah berkata, hanya akan ada satu sahaja Kongres Nasional rasmi untuk parti PKR, iaitu yang dijadual pada 5 hingga 8 Dis di Melaka.

“Pada kami, memang parti buat satu kongres sahaja, itu yang rasmi,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR,

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus bahawa ada kumpulan didakwa sebagai penyokong Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merancang mengadakan kongres berasingan parti itu pada tarikh sama. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button