Wajah kelihatan sedih namun tetap bangga keluarga mati syahid
SEHINGGA kini rakyat Gaza masih diancam oleh tentera kejam Zionis dengan kematian sudah melebihi 20,000 orang dengan 70 peratus daripadanya adalah golongan wanita dan kanak-kanak.
Menerusi satu video yang di muat naik di media sosial, seorang wanita warga Palestin berulang kali menyebut bahawa beliau reda selepas seluruh keluarganya terbunuh dalam serangan kejam rejim Zionis itu.
Meskipun wajahnya kelihatan sedih, namun beliau tetap tersenyum dan memberitahu pada orang ramai keluarganya pergi kerana mati syahid.
‘’Saya bangga keluarga saya semuanya syahid, beritahu semua orang saya sangat bangga, ahli keluarga saya syahid dan saya gembira untuk mereka.
Dilihat wanita itu juga sedaya upaya untuk menerima kenyataan walaupun pedih namun beliau perlu kuat untuk meneruskan hidup. – SM
Artikle Berkaitan :>
Jenayah perang tentera Israel libatkan 11,500 kematian pada hari ke-39
Tentera zionis Israel sendiri bunuh lebih 60 tebusan di Gaza melalui serangan udara