fbpx
BeritaNasional

[VIDEO] Pelajar nyanyi lagu Negaraku dalam Mandarin tular

KUALA LUMPUR – Apa sudah jadi?

Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan penularan sebuah video lagu Negaraku yang diubahsuai dan diterbitkan oleh Namawee pada 2007.

Namun hari ini lagu Negaraku didakwa dipermainkan sekali lagi apabila video sekumpulan pelajar dipercayai sekolah rendah menyanyikan lagu kebangsaan itu dalam bahasa Mandarin tular dalam Facebook hari ini.

Bagaimanapun, video dimuat naik oleh page Sedar Malaysia hari ini itu bukanlah baharu dan dipercayai berlaku sebelum cuti sekolah bermula.

Namun video berdurasi satu minit 23 saat itu mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan netizen yang menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Lagu Kebangsaan 1968.


NEGARAKU MANDARIN

“Nanti cikgu dia mohon maaf… kira selesailah,” kata Mohd. Azlan Omar.

“Bakal jadi China 2.0, taktikal sama digunakan Israel untuk menakluk Palestin. Tak sabarnya nak kena jadi pelarian di negara sendiri,” komen Rozairy Roslan.

“Rakyat Singapura pun nyanyi lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’ dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu pun tak reti nak guna, nak apa sebanarnya?” soal Mohamad Alef.

“Padan muka korang pilih PH, nak free dapat murah semuanya konon. Free tak dapat, tahi dapat, kencing lagi sudah sebelum penuh mulut dengan kencing tahi, lihatlah kerosakan berlaku seperti cendawan… fikir-fikirkanlah,” luah Harris Shah. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button