Nasional

Vaksin Covid-19 akan disimpan di 55 lokasi

SEBANYAK 55 lokasi telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk menyimpan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

VAKSIN
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ia turut membabitkan penyediaan 55 penyejuk beku suhu rendah yang telah dibeli bagi tujuan penyimpanan vaksin berkenaan.

Ini disebabkan vaksin itu perlu disimpan dalam tempat yang memiliki suhu sejuk melampau.

“Pfizer akan disimpan di kawasan bandar kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk melampau, manakala AstroZeneca adalah bagi kawasan luar bandar kerana ia boleh menggunakan penyejuk beku biasa.

“Kita sudah meluluskan pembelian penyejuk beku suhu rendah, peti sejuk dan bekalan perubatan berkaitan bagi rangkaian sejuk dan sejuk melampau berharga RM16.6 juta,” katanya pada sidang media selepas menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, hari ini. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button