Nasional

UPSI terapkan pendidikan keinsanan menerusi Kem Bina Insan Bitara

Semua pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) mesti mengikuti Kem Bina Insan Bitara bermula ambilan Oktober 2022.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) , Prof Dr Norkhalid Salimin berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Forum Hijrah Anak Muda ” Pimpin Aku Ke Syurga” anjuran Pusat Islam.

Prof Dr Norkhalid menyampaikan cenderamata kepada panel forum , Daie Muda, Muhammad Hafiz Mohamed Din selepas majlis di Masjil Al- Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Katanya, oleh kerana UPSI melahirkan graduan yang sebahagian besarnya bakal bergelar pendidik, maka UPSI sangat menekankan aspek keperibadian mahasiswa.

“Sepanjang pengajian , mahasiswa bukan sahaja perlu cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang akhlak mereka,” katanya.

Panel forum mengupas tajuk Hijrah Anak Muda “Pimpin Aku Ke Syurga”.

Beliau berkata kecemerlangan akademik tidak menjadi bermakna jika tidak memiliki akhlak yang terpuji dan dihormati masyarakat apabila berkhidmat dalam mana- mana organisasi.

Walaupun UPSI turut menawarkan program pengajian bukan pendidikan, katanya, aspek akhlak tiada kompromi, kerana majikan tetap memerlukan calon pekerja ang baik sahsiah dan budi pekertinya.

Majlis forum yang menyaksikan mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP ) Sidang 2021/2022, Muhammad Zul Fikri Bin Sallehuddin sebagai moderator manakala panel terdiri daripada Pencetus Ummah( PU), Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan dan Daie Muda ( YADIM), Muhammad Hafiz Mohamed Din yang juga Alumni UPSI.

Majlis ilmu itu diadakan sempena Festival Ambang Tahun Baharu dan turut diadakan Sembang Tiktokers : Dakwah Satu Kewajipan , Sukaneka : Futsal dan Bola Jaring serta Amal Palestin.

Lebih 400 mahasiswa Dan mahasiswi hadir mengikuti ceramah panel di ruang solat Masjid Al- Mursyidin , Kampus Sultan Azlan Shah yang berakhir jam 11.30 malam itu.

Pelajar UPSI yang menghadiri majlis forum di Masjid Al-Mursyidin.

Pengarah Pusat Islam UPSI, Tarmizi Abdul Rahman berkata Forum Hijrah Anak Muda ” Pimpin Aku ke Syurga” diadakan bersempena Festival Ambang Tahun Baru yang julung-julung kalinya diadakan melibatkan kerjasama Pusat Islam, persatuan-persatuan Pelajar dan kolej kediaman.

Katanya, hasrat Pusat Islam selepas ini adalah bagi program-program sambutan kebesaran Islam yang dianjurkan dalam skala besar seperti sambutan tahun baru ini, ianya akan diadakan secara bersama menggabungkan beberapa PTJ, unit-unit, kolej kediaman, persatuan pelajar atau mana-mana pihak yang berkepentingan supaya penganjurannya lebih menyeluruh dan memberikan impak yang lebih besar.

Hadir sama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril.

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button