Politik
Trending

Untung, rugi My30, Tajuddin ‘belasah’ wartawan media bahasa Inggeris

PENGERUSI Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelaskan tiada istilah untung atau rugi dalam pelaksanaan pas tanpa had My30.

Menurutnya, keuntungan yang sepatutnya dinikmati hanyalah rakyat Malaysia yang ketika ini memerlukan kemudahan disediakan kerajaan.

Katanya, dalam situasi serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia terjejas apabila operasi ekonomi turut terhenti hampir sepenuhnya.

Hal demikian memberi kesan secara langsung kepada setiap individu dan My30 adalah salah satu daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

You know this is the GLC (syarikat berkaitan kerajaan) the government’s company. This product was introduced by government to help people.

BACA > Pembukaan ekonomi rancakkan semula industri sawit — Suara Merdeka

“Mahu tolong orang yang perlu menggunakan pengangkutan awam.

“Jadi, berapa kerugian tiada masalah. Banyak keuntungan kepada para penumpang. Penumpang untung, rakyat suka hati, kerajaan pun senang hati.

“Jadi kenapa mesti kita berkata mengenai kerugian, itu tidak penting. Apakah yang lebih penting (keuntungan kepada rakyat atau tanggungan kerugian).

“Jangan tanya soalan yang boleh mencetuskan kotroversi.” kata Tajuddin apabila ditanya oleh salah seorang pemberita media berbahasa Inggeris dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur (KL) Sentral hari ini.

Terdahulu, pemberita berkenaan bertanya mengenai kerugian yang dihadapi Prasarana melalui inisatif daripada kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, program atau inisaitif tersebut adalah untuk rakyat.

BACA > Dua wakil rakyat DUN Sabah keluar UPKO sokong PN — Suara Merdeka

Are you for the rakyat? Do you like this program or not? Ok thank you,” ringkasnya membidas soalan berkenaan.

Pas tanpa had My30 adalah satu program khas diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumum pada 5 Jun lalu.

Ia merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan operasi ekonomi negara dapat digerakkan semula selepas terhenti akibat Covid-19.

Menerusi pas tanpa had My30, rakyat Malaysia boleh menikmati perjalanan dalam Lembah Klang dengan menggunakan semua rangkaian pengangkutan di bawah Prasarana.

BACA > Pas tanpa had My30 dilancar hari ini — Suara Merdeka

Semua yang terlibat adalah Aliran Transit Ringan (LRT), Aliran Transit Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan Bas RapidKL. – SM

(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button