UMNO perlu bangkit seperti anak jantan tebus kekecewaan PRU14
KUALA LUMPUR 18 Mac – UMNO perlu bangkit seperti anak jantan dan tidak perlu menangis teresak-esak selepaskejatuhan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurutnya, tiga kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor membuktikan UMNO
semakin diterima rakyat dan mahu parti itu kembali memerintah negara.
Beliau berkata, semangat Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta pucuk pimpinan parti serta
kekuatan di akar umbi telah menghasilkan kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.
Ujarnya, kemenangan di Cameron Highlands, Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis,
Chini dan Slim adalah bukti kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat menebus kegagalan pada PRU14.
“Semangat UMNO Bangkit yang dipelopori oleh Presiden telah menghasilkan banyak kejayaan. Kita mampu
bangkit melawan seperti seorang pahlawan.
“Ahmad Zahid pernah dituduh sebagai Presiden yang tiada hala tuju, namun beliau bersama Timbalan, Naib-
naib dan kepimpinan yang lain telah mengembalikan kepimpinan UMNO menerajui negeri Perak, Melaka dan
Johor.
“Di Sabah, UMNO hampir terkubur namun dapat bangkit dan diterajui 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin,” ujarnya.
Beliau berucap membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Justeru Ahmad meminta ahli parti untuk bersiap-siaga bagi menghadapi PRU-15 dan memastikan UMNO serta BN kembali memerintah negara.
Menurutnya, ahli, pemimpin parti kini perlu bersiap sedia menghadapi peperangan politik demi
mempertahankan pejuangan UMNO paling penting adalah demi agama, bangsa dan tanah air
“Apabila selesai Perhimpunan Agung UMNO ini, apabila balik nanti maka kita perlu bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15 pula,” ujarnya. – SM