Luar Negara

Ukraine mohon bantuan EU dan Nato

Banjir teruk melanda barat Ukraine

EKORAN banjir yang melanda sebelah barat Ukraine baru-baru ini, kerajaan negara itu terpaksa memohon bantuan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi pembangunan semula kawasan yang dilanda banjir.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Luar Ukraine berharap EU dan NATO akan membantu melindungi infrastruktur kritikal dan mengurangkan kerosakan ekonomi ekoran kesan kemusnahan yang ditinggalkan oleh bencana alam itu.

Kerajaan Ukraine juga telah mengerahkan 1,500 pekerja kecemasan dalam usaha menangani  banjir.


Menurut pihak berkuasa, kos pembangunan semula dijangka menelan belanja sekitar AS$37 juta bagi membaiki kerosakan akibat banjir dan banjir kali ini dilaporkan adalah yang terburuk di negara itu sejak tahun 2008.

Dalam pada itu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy meluangkan masa melawat kawasan yang terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sepanjang minggu lalu.

Bencana yang melanda negara itu sehingga kini menyaksikan empat orang terbunuh dan memaksa puluhan ribu yang lain berpindah.

Ia turut menjejaskan lebih 200 bandar dan kampung di empat wilayah barat Ukraine.

Selain itu, banjir yang melanda turut memutuskan bekalan elektrik  yang menjejaskan kira-kira 10,000 orang dan merosakkan sekitar 430 kilometer  jalan raya serta 130 jambatan. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button