Sukan

Ukraine mara ke pusingan akhir Euro 2024 dengan kemenangan Iceland

KETIKA pemian Ukraine hampir menitiskan air mata kehampaan, ia bertukar menjadi kegembiraan selepas layak ke kejohanan bola sepak Euro 2024 hasil kemenangan dramatik 2-1 ke atas Iceland dalam perlawanan akhir playoff mereka di Stadium Wroclaw.

Viktor Tsygankov dan Mykhailo Mudryk menjaringkan gol pada separuh masa kedua yang dianggap misi tercapai  di mana Ukraine telah dipaksa untuk bermain perlawanan ‘tempat sendiri’ di Slovakia, Republik Czech, Jerman dan Poland berikutan pencerobohan Rusia pada Februari 2022 ke atas negara itu yang mencetuskan perang.

Albert Gudmundsson telah meletakkan Iceland di depan pada separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua mereka bergelut untuk mengekang lawan mereka untuk sebahagian besar pertandingan.

Ia adalah kejayaan keempat berturut-turut ke pusingan akhir Piala Eropah untuk Ukraine yang mengambil tempat dalam Kumpulan E bersama Belgium, Slovakia dan Romania, yang mereka akan menentang mereka pada 17 Jun.

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button