Bencana alamLuar Negara

Turkiye akan berkabung selama tujuh hari

“EKORAN gempa bumi yang berlaku di negara kita pada 6 Februari lalu, tempoh berkabung negara diisytiharkan selama tujuh hari,” demikian kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Beliau berkata, gempa bumi pada Isnin itu (semalam) merupakan bencana terbesar sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.

Sehubungan itu, bendera di seluruh negara dan pejabat perwakilan kita di luar negara akan dikibarkan separuh tiang sehingga Ahad, 12 Februari,” lapor Agensi Anadolu memetik ciapan Erdogan di Twitter.

Sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Turkiye berikutan dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan negara itu pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Naib Presiden Fuat Oktay.

Gempa dengan magnitud 7.7 itu melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahramanmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis, awal pagi Isnin.

Satu lagi gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras berlaku pada pukul 1.24 tengah hari (6.24 petang waktu Malaysia).

Oktay berkata, 7,840 orang Berjaya diselamatkan daripada runtuhan oleh 11,022 anggota mencari dan menyelamat.

Beliau berkata, 338,000 mangsa kini ditempatkan di asrama, universiti dan pusat perlindungan.

Pada masa ini tiada ancaman tsunami terhadap pantai Mediterranean Timur Turkiye, menurut Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Gempa kuat itu turut memusnahkan negara jiran Syria dengan pegawai kerajaan dan penyelamat melaporkan hampir 1,300 orang terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera setakat ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button