Jenayah

Tunjuk kemaluan melalui panggilan video Influencer ditahan oleh polis

PEMPEGARUH media sosial ditahan oleh pihak polis kerana menunjukkan kemaluan pada seorang wanita melalui panggilan video.

Menurut kenyataan dari Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohammad Azin Bin Ismail, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita berusia dalam lingkungan 24 tahun.

‘’Ketika pengadu berada di rumahnya di Taman Melawar, Kuala Lumpur telah menerima panggilan video tersebut daripada suspek yang dikenalinya.

‘’Suspek telah membuat panggilan video kepada pengadu dan telah menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah dengan pengadu.

Pihak polis berjaya menahan suspek, 27, pada 29 Mei (Rabu) untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikle Berkaitan :>

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah rogol, cabul dua anak tiri

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button