Luar Negara

Trump Sedia Bertemu Xi Jinping, Sifatkan Presiden China Sebagai ‘Kawan’

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dalam usaha meredakan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara kuasa besar dunia itu.

Dalam sidang media di White House pada Rabu, Trump menyuarakan rasa hormatnya terhadap Xi, malah menyifatkan pemimpin China itu sebagai seorang sahabat.

“Oh ya, dia kawan saya. Saya suka dia,” kata Trump sambil menambah bahawa beliau menghormati kebijaksanaan Xi sebagai seorang pemimpin.

Kenyataan itu hadir selepas Trump mengumumkan peningkatan tarif sehingga 125 peratus terhadap barangan dari China. Langkah tersebut dilihat sebagai tindak balas terhadap tindakan Beijing yang mengenakan tarif balas terhadap barangan dari Amerika Syarikat.

Meskipun wujud tekanan ekonomi dan perang tarif yang berterusan, Trump menyuarakan keyakinannya bahawa rundingan masih boleh berlaku dan China juga sebenarnya mahukan satu perjanjian yang baik.

“Saya percaya China mahu mencapai perjanjian,” katanya.

Trump turut memaklumkan bahawa negara-negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan sedang menjalinkan komunikasi dengan Washington bagi mengatur pertemuan dan mencari penyelesaian berkenaan isu perdagangan global yang sedang memuncak.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button