Nasional

Tok Mat sokong pendapatan garis kemiskinan RM2,208

GAJI minimum negara iaitu RM1,200 dan RM1,100 kini dilihat tidak lagi bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa khususnya dalam isu pembasmian kemiskinan.

Ini berikutan tindakan Jabatan Perangkaan Malaysia menyemak semula Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM2,208.

Had kemiskinan itu jauh lebih tinggi berbanding garis asal iaitu RM980 yang digunapakai sejak 2005.

Justeru, perubahan tersebut menyebabkan peningkatan mendadak isi rumah iaitu daripada 196,653 (PGK 2005) kepada 405,441 menjadikan kadar kemiskinan pada 2019 adalah 5.6 peratus.

“Semenjak pra-pandemik Covid-19 lagi, garis kemiskinan di Malaysia sememangnya dirasakan terlalu rendah dan tidak selari dengan kos kehidupan di negara ini.

BACA > Hamster kini diancam kepupusan — Suara Merdeka

“Oleh itu, saya menyokong tindakan Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah menyemak semula Had PGK.

“Tindakan menyemak semula kadar kemiskinan adalah langkah penting untuk menggambarkan REALITI tahap kemiskinan sebenar di Malaysia.

“Namun, tinjauan Pendapatan Isi Rumah yang digunakan sewajarnya juga mengambil kira realiti kebanyakan komuniti yang berisiko dihimpit masalah itu.

“Seperti olongan masyarakat asal, pekerja asing dan orang pelarian sebagai sebahagian daripada asas kiraan kemiskinan.

“Jika golongan tersebut diambilkira, maka kadarnya adalah lebih tinggi dari kadar 5.6 peratus.”

Demikian penjelasan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Facebooknya hari ini mengulas isu kemiskinan dan pemulihan ekonomi negara.

Tambah beliau, pandemik Koronavirus (Covid-19) meruncingkan lagi keadaan ekonomi negara.

Justeru, beliau menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada masyarakat miskin bandar dan luar bandar.

BACA > Parti dalam PN telah bersetuju bincang pembahagian kerusi — Suara Merdeka

“Adalah sangat penting ikhtiar tersebut memberikan perhatian khusus bukan sahaja kepada usaha merancakkan ekonomi dan menyelamatkan perniagaan.

“Tetapi  juga mengemukakan strategi baharu bagi membasmi kemiskinan.

“Malah, Bank Dunia telah menganggarkan secara konservatif bahawa 11 juta penduduk di Asia Timur akan terheret ke kancah itu akibat keruntuhan ekonomi.

“Strategi pemulihan dan pembinaan ketahanan ekonomi Malaysia mestilah bersifat inklusif dan menterjemahkan kesejahteraan dengan erti kata yang sebenar.

“Perhatian khusus mesti diberikan kepada dua golongan sasaran; iaitu masyarakat miskin bandar dan luar bandar.

“Kita perlu sedar bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi kedua-dua pihak ini adalah berbeza.

“Masyarakat miskin bandar perlu berhadapan dengan krisis kehilangan pekerjaan dan masalah kelangsungan kehidupan kerana kos kehidupan yang mencabar.

“Mereka yang miskin di kawasan luar bandar pula dibelenggu dengan masalah harga komoditi yang suram, akses kepada pasaran dan produktiviti yang rendah kerana tiadanya innovasi,” jelasnya.

KEMISKINAN
GOLONGAN profesional penerima gaji yang tidak mempunyai kedudukan kewangan kukuh mudah terjejas dengan keadaan ekonomi semasa. – SM
BACA > Lapan peniaga disiasat naikkan harga ayam — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu memaklumkan pengklasifikasian kumpulan B40, M40 dan T20 akan menjadi lebih sukar.

Katanya, parameter tersebut akan bertindih dan peningkatan kadar kemiskinan pula merentasi kaum.

“… dengan tempias yang paling hebat secara amnya terhadap golongan Bumiputera dan India.

“Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas tahun 2019 menunjukkan bahawa Etnik Bumiputera dan Etnik India mencatatkan insiden kemiskinan mutlak 7.2 peratus dan 4.8 peratus.

“Ia jauh lebih tinggi daripada Etnik Cina dengan insiden kemiskinan 1.4 peratus,” ujarnya

Malah, katanya lagi, beliau tidak menjangkakan negara perlu merancangn dan menyusun semula dasar pembasmian kemiskinan negara walaupun sudah memasuki abad ke-21.

Menurutnya, semua lapisan masyarakat akan merasai impak dan yang paling jelas adalah golongan profesional, pendidikan, sosial yang tiada kewangan kukuh terutama pekerja bergaji.

“Satu-satunya kumpulan kelas menengah yang boleh bertahan ialah penjawat awam.

“Mengambilkira semua ini, Malaysia sekali lagi memerlukan dasar membasmi kemiskinan dengan strategi yang lebih tuntas.

“Dasar membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat harus difikirkan segera, merangkumi strategi fokus kepada pemerkasaan (empowerment) dan berasaskan keperluan (needs based).

“Strategi seperti ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kesilapan lepas yang hanya mengenal pasti kaum tertentu sahaja.

“Saya tidak pernah menjangka wujudnya suatu masa di mana Malaysia memerlukan dasar membasmi kemiskinan dan menyusun semula masayarakat.

“Namun, inilah realitinya dalam tahun 2020.

BACA > Jangan terpedaya sindiket penipuan guna logo LHDN — Suara Merdeka

“Kita akhirnya tidak mencapai status negara maju tetapi terus berhadapan dengan pelbagai cabaran mengatasi kesenjangan dan kemiskinan,” katanya. – SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button