Nasional

Curi motosikal RXZ, polis buru tiga lelaki

POLIS sedang memburu tiga lelaki yang terlibat dengan kejadian curi motosikal yang sempat dirakam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Su 38, Taman Selayang Utama, Gombak pada 3 Julai lalu.

Video tersebut tular di laman sosial kerana yang merakam kejadian curi itu ialah mangsa yang juga bekerja sebagai juruwang di stesen minyak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 33 tahun itu meletakkan motosikalnya di hadapan kedai stesen minyak kira-kira pukul 11 malam.

BACA> Hamster kini diancam kepupusan

“Kira-kira pukul 7 pagi keesokannya, mangsa mendapati tiga lelaki menaiki motosikal Yamaha 135LC mencuri motosikal mangsa menyebabkan dia mengalami kerugian RM5,000.

“Siasatan awal juga mendapati, ketika kejadian pintu bahagian luar stesen minyak itu diletakkan kayu oleh suspek supaya mangsa tidak dapat keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> LTTE: Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’?

Menurut Arifai, kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Ahmad Syazani Ab Aziz di talian 03-61262222 atau 014-5004640 bagi membantu siasatan. -SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button