Hiburan

Tiket Coldplay dijadikan mas kahwin

Masih menjadi perbualan yang hangat apabila kumpulan muzik, Coldplay akan hadir ke Malaysia dan Indonesia untuk membuat persembahan.

Namun pasangan pengantin dari Indonesia menjadi perhatian warganet apabila tiket konsert Coldplay menjadi salah satu mas kahwin mereka.

pasangan di Indonesia menjadikan tiket coldplay mas kahwin

Dalam satu video yang tular di media sosial, wali kepada bapa pengantin perempuan bersalaman dengan pengantin lelaki sambil membaca akad pernikahan.

Ketika dibacakan, kedengaran salah satu mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah tiket Coldplay.

“Saya akan mengahwinkan puteri kandung saya, Anestasya Ayu Widiadhana, dengan mas kahwin 21 gram logam berharga, satu set alat solat dan TIKET Coldplay yang dibayar tunai,” kata wali ketika upacara pernikahan.

Saya terima nikah dan nikah Anestasya Ayu Widiadhna Binti Ahmad dengan mas kahwin yang tunai,” balas pengantin lelaki.

Rata-rata warganet memberikan pelbagai komen dan pandangan, namun ada juga yang memuji kerana sangup memasukkan tiket Coldplay sebagai mas kahwin.

Rakyat Malaysia dan Indonesia sudah tentunya teruja dengan kedatangan Chris Martin.

Malah ada yang sanggup berperang habisan di laman web untuk mendapatkan tiket menyaksikan persembahan kumpulan itu.

Artikle berkaitan ;>

Pengguna perlu bijak dapatkan tiket konsert Coldplay

KKD panggil penganjur konsert Coldplay tiket mahal

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button