MahkamahNasional

Tiga mengaku tak bersalah buat tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya

TIGA individu didakwa di Mahkamah Sesyen secara berasingan hari ini atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM190,700 berhubung program insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0

Ketiga-tiga tertuduh, Noorun Nashriah Ramli, Amir Shariffuddin Haron dan Farhan Taufik mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Noorun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berhadapan tujuh pertuduhan didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM112,000 antara 13 Julai dan 1 Oktober 2021.

Amir dan Taufik masing-masing berdepan satu pertuduhan didakwa mengemukakan tuntutan palsu masing-masing berjumlah RM45,900 dan RM32,800 dan kesalahan dilakukan antara 5 Mac dan 1 Jun 2021.

Hakim Azura Alwi membenarkan Noorun diikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin manakala Hakim Rozina Ayob dan Suzana Ayob membenarkan Amir dan Farhan diikat jamin RM8,000 juga dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diperintah melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga perbicaraan selesai. Ketiga-tiga mahkamah menetapkan 14 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes.

Tahun lepas, SPRM menahan 45 orang di beberapa negeri kerana disyaki membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan dana Penjana Kerjaya.

Suspek terdiri daripada pemilik perniagaan, pengarah, pengurus, pemegang taruh, jurutera dan eksekutif. – SM

 

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button