Nasional

PR1MA belanja RM900,000 bantu mangsa banjir di pantai timur – Ahmad Maslan

Demi memastikan warga pantai timur yang terjejas akibat banjir dapat menjalani kehidupan seperti biasa, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) tampil berbelanja sehingga sekitar RM900,000.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, perbelanjaan itu merangkumi pelbagai perkara.

“Saya mewakili Timbalan Perdana Menteri merakamkan ucapan terima kasih kepada PR1MA dan konvoi hari ini akan menghantar 1,000 set 7 barang keperluan banjir dan 800 set 9 barang kelengkapan membersih.

“Ia juga merangkumi 7,000 keperluan yang merupakan 1,000 starter kit food, 1,000 kit banjir, 1,000 bungkusan makanan, 1,000 tilam bersaiz queen, 1,000 kain pelekat, 1,000 telekung serta 1,000 set bag sekolah.

“Bagi kelengkapan untuk membersih, PR1MA menyediakan 800 water jet, 800 mop, 800 penolak air, 800 penyapu plastik, 800 paip getah, 800 baldi, 800 sarung tangan, 800 kasut getah serta 800 cangkul,” katanya.


Ahmad Maslan berkata demikian kepada media semasa melancarkan (flag off) Konvoi Sumbangan Bantuan Banjir Ke Kelantan Dan Terengganu di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Kuala Lumpur.

Mengulas inisiatif pelancaran tersebut, Ahmad berpendapat ia adalah satu usaha yang baik apabila PR1MA turut memainkan peranan dalam memberi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti.

“Walaupun banji telah surut namun kesan banjir itu masih ada dan ia memerlukan perhatian terutama dalam urusan pembersihan dan apa-apa sahaja bantuan.

“Saya menyeru agar agensi-agensi dan juga syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) meneruskan usaha bantuan ketika rakyat menerima musibah tak kira di mana mereka berada,” ujarnya.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button