Hiburan

Tiga hari tayangan filem RM10 di Pavilion sempena ‘Festival Budaya China dan Malaysia’

SEBANYAK 11 filem dari China dan Malaysia bakal ditayangkan di Dadi Cinema Pavilion selama 3 hari dengan bayaran cuma RM10 sahaja sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua negara ini dalam satu acara ‘’Festival Budaya Filem China-Malaysia’’.

Program ini bagi menggalakkan pertukaran dalam seni perfileman sekaligus memudahkan kerjasama antara dua hala ini sekali gus dapat dimanfaatkan pihak Industri.

Pengurusi Jawatankuasa Penganjur, Aroh Koh, Pengurusi Finas, Datuk Kamil dan Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Encik Aroh Koh, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri perfileman Malaysia telah berkembang maju dan giat berusaha untuk meluaskan pertukaran dan kerjasamanya dengan industri filem China.

‘’Festival ini ada beza dengan yang lain sebab dua negara mengadakan sekali, Festival ini adalah multi general.

‘’Selain dari tayangan filem ini, ada juga forum pada esok (Sabtu), 11 tanyangan manakala 2 lagi forum kemasukan adalah percuma untuk mendengar forum tersebut, kami juga akan mengadakan tiap-tiap tahun’’, jelasnya ketika ditemui selepas pelancaran di Dadi Cinema Pavilion, Bukit Bintang Petang tadi.

Related Articles

Beliau juga berharap agar festival ini dapat memperkenalkan kepada penonton filem-filem yang diterbitkan bersama dari dua negara ini, disamping menggalakkan promosi filem berkenaan, sekaligus memudahkan pertukaran antara pembuat filem yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.

“Saya berharap festival ini akan menggalakkan lagi persefahaman budaya antara China dan Malaysia, dan memajukan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk bersama-sama mewujudkan lebih banyak lagi karya yang menarik.

“Kami berharap dapat bertemu semua orang di lokasi seperti di Beijing dan Xian (China) pada masa akan datang, dan terus mengadakan festival ini pada setiap tahun.

Majlis turut dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman dan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Festival Budaya Filem China-Malaysia disokong FINAS bagi mempromosikan naskhah dihasilkan pengkarya Malaysia dan China selain memperkenalkan pembikin filem dari kedua-dua negara kepada orang ramai.

Pada majlis perasmian itu, filem pembukaan iaitu Victim(s), naskhah usahasama China dan Malaysia arahan Layla Yi, dipertontonkan.

Sebelas filem dari China dan Malaysia yang ditayangkan adalah Small Town Heroes; Sheriff; Prebet Sapu; The Movie Emperor; Born To Fly; No More Bets; Wandering Earth 2; Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms; One and Only dan The Movie Emperor.

Artikle Berkaitan :>

UPSI, FINAS meterai MOU Serta Pra-pelancaran Festival Filem Pelajar (FFPM) 2022

Sasar pelancong ke Sarawak seramai 3 juta melalui Asia International Filem

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button