
Orang Agama Tegur Cik Epal dan Jofliam, Netizen Pula ‘Bitter’ Sindir Balik
KONFLIK terbuka antara pempengaruh media sosial, Cik Epal dan Jofliam, terus menjadi perhatian ramai apabila pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin, tampil menegur tindakan mereka yang dilihat mencetuskan lebih banyak kekecohan di media sosial.
Dalam satu hantaran tegas, Da’i Wan Dazrin menyeru kedua-dua pihak agar menghentikan pertelingkahan secara terbuka dan memilih untuk menyelesaikan masalah secara tertutup, sebagaimana diajar dalam Islam.
“Minta maaf Cik Epal dan Encik Jofliam. Saya rasa anda berdua dah boleh berhenti. Sudah-sudahlah. Tak habis-habis saling menyalahkan, bertegang urat dan sindir-menyindir.
Tahukah kalian, kalian sedang mencipta gelombang fitnah rantaian dosa! Berhenti papar pergaduhan rumah tangga di media sosial!” – Da’i Wan Dazrin
Beliau mengingatkan bahawa membuka aib sesama sendiri di hadapan umum bukan sahaja mengundang fitnah, malah turut membawa kepada dosa berpanjangan, lebih-lebih lagi apabila anak-anak turut menjadi mangsa dalam kemelut yang tidak berkesudahan ini.
Netizen Pula ‘Bitter’ Menyindir Balik
Walaupun teguran itu dibuat dengan penuh adab dan bertujuan meredakan keadaan, komen-komen netizen di media sosial menunjukkan reaksi bercampur-campur.
Ramai yang menyokong seruan tersebut, namun tidak kurang juga yang sinis dan ‘bitter’ terhadap timing teguran itu.
Antara sindiran yang tersebar luas:
-
“Dah rosak baru nak suruh berhenti. Dari awal lagi tak nak tegur.”
-
“Kalau dah viral satu dunia, macam mana nak repair maruah?”
-
“Nasihat elok, tapi nasi dah jadi bubur…”
Ada juga netizen yang mempertikaikan kenapa orang agama hanya mula bersuara selepas kes menjadi besar, sedangkan perbalahan antara Cik Epal dan Jofliam sudah bermula sejak berbulan-bulan lalu.
Namun begitu, sebahagian pengguna media sosial tetap menyokong pendekatan Da’i Wan Dazrin, menganggap masih belum terlambat untuk kedua-dua pihak menghentikan drama dan menyelamatkan maruah diri dan keluarga.
Konflik Berpanjangan
Isu membabitkan Cik Epal dan Jofliam semakin panas sejak insiden pergaduhan melibatkan isteri baru Jofliam, Dewi, sehingga kedua-duanya membuat laporan polis.
Dalam masa yang sama, pendedahan kisah rumah tangga dan ‘serangan’ balas di media sosial menjadikan isu ini semakin memburukkan keadaan.
Setakat ini, kedua-dua pihak masih belum memberikan sebarang reaksi terhadap teguran Da’i Wan Dazrin.