Ekonomi

Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi lebih luas

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yoji Muto semalam, mereka telah bertukar pandangan mengenai cara terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dunia.

“Malaysia dan Jepun perlu bersatu untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkesan.

“Dengan berkongsi kepakaran dan sumber, kita boleh memacu pertumbuhan dan inovasi,” katanya dalam satu hantaran di laman X pada Selasa.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan situasi dunia yang kini berdepan dengan cabaran perdagangan global. – Bernama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button