Belang Bertempat

Tidak reti menari, jangan salahkan lantai tinggi rendah

PN gagal tangani Covid-19, kena nak salahkan rakyat?

MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainuddin pernah berkata bahawa rakyat yang melanggar SOP akan terus disumbat masuk ke penjara pada awal wabak Covid-19 ini menular tahun lepas, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

HAMZAH ZAINUDDIN

Kini setelah lebih setahun kenyataan di atas dibuat dan lebih setahun jugalah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan menangani wabak ini, situasi Covid-19di Malaysia nampak gayanya tidak bertambah baik malahan menjadi semakin buruk, dakwa Isham.

“Saya lihat apa yang pemimpin kerajaan buat sekarang adalah masih sama iaitu cuba menyalahkan rakyat ke atas kenaikkan kes atau angka Covid-19 yang semakin teruk kerana kononnya, ini terjadi kerana rakyat tidak ikut atau patuh atau akur dengan SOP.

“Oleh sebab itulah kerajaan mengatakan bahawa kompaun perlu dinaikkan dan penguatkuasaan perlu ditingkatkan ke atas rakyat,” kata Isham lagi.

Namun ini bukanlah sebenarnya punca utama situasi Covid-19 di negara kita yang menjadi semakin teruk atau parah sekarang.

Related Articles

Memang dinafikan, terdapat segelintir rakyat yang tidak ikut SOP, malahan ada juga dalam kalangan menteri-menteri termasuk golongan selebriti di negara ini, pun ramai yang tidak ikut SOP.

Kalau kita mahu bandingkan sikap rakyat Malaysia yang tidak patuh atau langgar SOP, di merata dunia rakyat negara-negara lain pun ramai yang tidak ikut SOP.

Malahan, kata Isham lagi, ada yang teruk menentang arahan kerajaan berbanding rakyat Malaysia yang kebanyakannya, bolehlah dikatakan akur kepada arahan pihak berkuasa.

“Tetapi situasi di negara-negara yang rakyatnya lebih degil ini seperti di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Itali (sekadar memberi contoh beberapa nama negara) semakin baik berbanding di Malaysia.

“Oleh itu, kedegilan rakyat tentunya bukan punca utamanya mengapa kes Covid-19 ini meningkat angkanya.

“Punca utama keadaan Covid-19 di Malaysia semakin buruk adalah kerana kegagalan dasar kerajaan yang berbolak-balik, separuh masak dan dangkal serta pelaksanaan penguatkuasaan yang pilih kasih dan tidak konsisten,” kata Isham secara berterus terang.

Sebagai contoh, apabila sekolah-sekolah di seluruh negara dibuka, Parlimen ditutup! Apakah kerajaan fikir yang beratus ribu orang murid sekolah rendah boleh mematuhi SOP di dalam kelas, dalam van sekolah dan di kantin selama 6 jam lebih baik daripada 200 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat?

Dan jika murid-murid ini tidak patuh dan kena jangkitan Covid-19 (nauzubillahhiminalzalik – kita doakan dijauhkan dariada terkena covid), kerajaan umum ingin melaksanakan kompaun terhadap ibu-bapa dan sekolah pihak pula? soal Isham.

sekolahApabila ada menteri dan selebriti yang tidak patuh SOP secara terang-terangan, eh! Lepas begitu sahaja ya.

Apakah kerajaan fikir yang rakyat tidak akan mengendahkan keistimewaan dan double-standard ini dan akan terus ikut SOP sedangkan pemimpin dan idola mereka pun langgar SOP tetapi tidak kena apa-apa tindakan yang lebih tinggi daripada RM50,000. Elok sahaja buat majlis di rumah, elok sahaja pergi beli karpet, elok sahaja keluar berita minta maaf, akan buat siasatan tetapi nan hado!

“Namun yang kena kompaun berpuluh ribu tanpa banyak bicara adalah kebanyakannya rakyat biasa yang berapa sen sahaja mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan, tanpa ada billboard sebesar-besar alam di tepi jalan siap dengan terpampang muka tersengih.

Golongan kayangan ini kalau dikategorikan, memang layakpun digelar begitu, hanya diambil tindakan setelah mendapat liputan media meluas yang negatif. Kalau tidak, senyap, diam, sapu bawah karpet (sweep under the carpet)!

“Jika Menteri Dalam Negeri ingin sumbat rakyat yang langgar SOP, terus masuk penjara seperti yang dikatakannya pada tahun lepas, saya sarankan supaya beliau tangkap dan sumbat dalam penjara, menteri dan pemimpin kerajaan dan selebriti yang langgar SOP dahulu sebelum tangkap orang biasa, rakyat marhen dan sumbat masuk jail.

“Sebab pemimpin dan selebriti inilah yang sepatutnya tunjuk contoh teladan yang baik. Bukannya menunjuk-nunjuk yang mereka kebal, boleh aje langgar SOP dan lepas,” kata Isham.

Sebagai pemimpin dan selebriti, anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kerana anda mempunyai pengikut yang akan ikut contoh. Ikut apa yang dibuat oleh anda, baik atau buruk.

Sebagai kerajaan pula, anda perlu sedar yang dasar-dasar anda yang sebenarnya telah gagal dalam menangani Covid-19 di Malaysia yang semakin hari semakin membahayakan nyawa rakyat.

“Dan tidak hanya berada dalam sindrom penafian dan menganggap anda (kerajaan) selalu betul dan asyik menyalahkan rakyat apabila keadaan menjadi semakin teruk seperti sekarang,” kata Isham. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button