Nasional

Tidak dibenarkan masuk ke Sabah

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini menetapkan kemasukan ke negeri Sabah tidak dibenarkan berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, hanya warganegara yang berasal dari Sabah, Pemegang Pas-Pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu dibenarkan masuk.

“Selain kategori ini, mereka diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada Kerajaan Negeri Sabah,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.

Mesyuarat Khas itu juga bersetuju melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 7 Oktober ini.

Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan.

Menurut Ismail Sabri, hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu akan dibenarkan beroperasi.

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan,” kata Ismail Sabri.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

Kata beliau, kerajaan akan terus berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk memantau situasi di seluruh daerah dan akan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa sebelum mengambil sebarang tindakan.-SM

 

 

 

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button