Nasionalpilihan

Tidak benar keluar KWSP adalah tepat

Keputusan kerajaan ketika ini kekal berpendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk secara bersasar dan menggunakan kaedah lain bagi membantu golongan rakyat yang terkesan adalah tepat.

Penganalisi Penyelidikan Kanan DM-Analytics Sdn. Bhd., Dr. Zouhair Mohd. Rosli berkata, kebenaran bagi pengeluaran KWSP ketika pandemik Covid-19 sebanyak empat kali tidak sewajarnya dilakukan.

Menurutnya, keputusan yang dibuat kerajaan ketika itu membenarkan pengeluaran KWSP disifatkan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga rakyat.

“Ahli politik dalam dewan mereka ada kuasa hingga rakyat terpaksa buat keluar duit dan bantuan yang diberikan pula tidak mencukupi.

“Rakyat bergaduh pasal KSWP dan sekarang masih ada lagi suara-suara yang bukan datang dari rakyat sebaliknya datang dari ahli politik suruh bawak keluar duit dari KWSP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Webinar Isu Ekonomi Semasa sempena Belanjawan 2023 anjuran Institut Masa Depan Malaysia (MASA) secara atas talian di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, seramai 6.7 juta atau 51.5 peratus pencarum di bawah usia 55 tahun kini mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah.

Menurut Zouhair, pengeluaran sebanyak empat kali sewaktu pandemik Covid-19 menjejaskan simpanan hari tua pencarum apabila bersara nanti.

Jelasnya, walaupun rakyat ada gaji namun struktur gaji di Malaysia masih rendah dan kerajaan seharusnya memastikan rakyat berpendapatan tinggi dan memikirkan bentuk lain untuk membantu mereka.

Beliau berkata, jika pengeluaran KWSP dibenarkan lagi ini pastinya menyebabkan ada pencarum sewaktu tiba waktu bersara akan menjadi miskin. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button