Nasionalpilihan

Tiada mogok doktor kontrak di Melaka

Tiada sebarang aktiviti perhimpunan haram atau mogok membabitkan doktor kontrak di Hospital Melaka di sini hari ini.

Tinjauan di sekitar hospital terbabit bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 6.00 petang tadi mendapati perkhidmatan hospital berjalan seperti biasa.

Situasi yang serupa turut berlaku di Hospital Alor Gajah dan Jasin kerana tiada sebarang aktiviti mogok seperti yang diuar-uarkan.

Kawasan pekarangan luar lobi hospital yang menempatkan ruang parkir kenderaan awam juga tidak berlaku kesesakan luar biasan malah ia tidak menampakkan sebarang tanda pergerakan piket berkenaan.

Tinjauan mendapati perkhidmatan kesihatan di Hospital Melaka berjalan seperti biasa tanpa sebarang perhimpunan haram oleh doktor kontrak.

Akhbar sebelum ini melaporkan doktor kontrak akan melakukan mogok selama tiga hari bermula hari ini supaya permasalahan yang dihadapi mereka diberikan perhatian oleh kerajaan.

Kumpulan itu menganggarkan antara 10,000 dan 13,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok.

Petugas kesihatan dari serata negara telah menyatakan minat untuk menyertai mogok itu, kebanyakannya di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, mogok bukan suatu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sebarang masalah berkaitan pegawai perubatan.

Justeru, pada 31 Mac, jemaah Kabinet bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk Ketua Setiausaha Negara bagi menangani isu doktor kontrak. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button