Nasionalpilihan

Pemuda UMNO Malaysia lancar tabung bantu lelaki terkandas di Makkah

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melancarkan tabung kilat bagi membantu seorang isteri dari Felda Kemendor dekat sini bagi membawa pulang suaminya yang masih terkandas selepas mendapat rawatan di Hospital Al Shefa, Makkah.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, tabung yang dilancarkan adalah bertujuan untuk mengumpul dana berjumlah RM150,000 bagi menampung kos rawatan seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR), Kamis Ahmad, 67, yang mendapat rawatan akibat kompilasi jantung sewaktu menunaikan umrah pada 5 Mac lalu.

Menurutnya, setakat ini dana terkumpul hasil usaha keluarga Kamis menerusi laman sosial Facebook serta media sosia yang lain, rakan-rakan dan jiran tidak sampai seminggu berjaya mengumpul RM15,000.

“Saya ingin merayu kepada semua rakyat Malaysia yang saya rasa dermawan untuk menyumbang bagi tujuan membantu keluarga Kamis membayar kos rawatan dan pengurusan membawa pulang dia
ke tanah air.

“Kita tidak boleh lambat, lagi lambat sumbangan dikumpul kos hospital akan terus meningkat tinggi.

“Semua bantuan yang ingin disumbangkan terus dimasukkan ke akaun Maybank 554035429281 atas nama anak lelakinya, Syahmi Amar,” ujarnya dalam sidang akhbar di pejabat Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau di sini hari ini.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berkata, pihaknya juga akan menggerakkan tabung sumbangan di peringkat sayap-sayap bahagian termasuk di seluruh Malaysia bagi membantu sebanyak mana yang boleh kepada keluarga terbabit.

Di samping itu katanya, beliau bagi pihak keluarga Kamis akan berjumpa dengan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi memudahkan urusan membawa pulang pesara JKR itu.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia dapat menyumbang bagi memudahkan urusan membawa pulang Kamis ke tanah air dengan seberapa segera terutama sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button