BeritaPolitik

Tiada apa saya hendak sembunyikan – Hishammuddin

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiada apa yang mahu disembunyikan dan bersedia untuk disiasat.

“Tular berita tentang surat Tan Sri Apandi Ali berhubung siasatan terhadap saya oleh Lembaga Disiplin UMNO. Saya konsisten – nak siasat, siasatlah. Tiada apa saya hendak sembunyikan,” katanya.

Menurut beliau, kini bukan sahaja sebahagian besar ahli parti berikrar untuk terus berjuang mengukuhkan parti, malah, presiden sendiri telah akui dalam Ucapan Penggulungan PAU2019 bahawa kesemua Ahli Parlimen UMNO tetap setia kepada parti.

“Jadi, janganlah kita keruhkan semula keadaan dengan menimbulkan sebarang spekulasi,” katanya dalam entri Facebooknya.

Sekarang, kata beliau, ialah masa untuk kita bulatkan tekad, rapatkan barisan dan melangkah ke depan demi menyantuni rakyat di luar sana agar mereka kembali yakin terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Ahli Parlimen Sembrong itu mengetuai pertemuan berkenaan, diadakan kediaman rasmi Mohamed Azmin di Putrajaya pada 18 November lalu, sebelum membuat laporan kepada lembaga disiplin parti itu.

Bagaimanapun, Hishammuddin menafikan beliau mengatur pertemuan berkenaan.

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button