fbpx
Politik

Tentukan kedudukan PM ditangan rakyat, bukan Ahli Parlimen

PILIHAN yang terbaik adalah mengembalikan semula kedudukan kerajaan ditangan rakyat dengan membubarkan Parlimen.

Sokongan yang diperolehi Perikatan Nasional (PN) daripada Ahli Parlimen adalah tipis menyebabkan kedudukan kerajaan tidak kukuh.

Keadaan itu menyebabkan kedudukan PN berada dalam sangat tidak stabil dan Perdana Menteri boleh dicabar menerusi undi tidak percaya dalam sidang Parlimen akan datang.

Apabila kedudukan kerajaan dan Perdana Menteri berada dalam tangan Ahli Parlimen seperti sekarang kestabilannya adalah tidak menentu.

“Kalau di tangan rakyat, tiada isu tetapi oleh kerana di tangan ahli parlimen, perbezaan jumlah antara ahli parlimen (PN dan PH) tidak banyak.

BACA > 10 hal Sabah & Sarawak anda kena tahu — Suara Merdeka

“Sebab itu saya berpandangan, kalau itulah kehendak pembangkang, maka lebih baik kita serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

“Sebab pembangkang kata mereka diterima rakyat dan kita kata kita diterima rakyat. Jadi biar rakyat tentukan siapa yang betul-betul mereka terima.”

Demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu laporan Eksklusif Sinar Harian yang dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Beliau yang juga dilantik Menteri Kanan Keselamatan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pembangkang tidak berminat untuk menstabilkan politik.

Dalam situasi negara sedang berhadapan serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), PH masih lagi bertelagah berebut jawatan Perdana Menteri ke-9.

BACA > Allah sedang menguji PH semangat setia kawan — Suara Merdeka

“Baru-baru ini saya pergi ke sebuah hotel untuk makan malam. Waktu itu jam 10 malam dan restoran itu sudah tutup.

“Saya tanya, saya beri kebenaran buka sampai pukul 12 tengah malam, kenapa tutup? Dia kata tak ada makna buka kalau tiada orang datang.

“Ini menunjukkan untuk pulihkan perniagaan akan memakan masa. Sepatutnya inilah masanya kita bekerjasama tanpa mengira parti.

“Ini kerana melibatkan kepentingan rakyat tetapi pembangkang lebih mementingkan politik,” ujarnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Parti Bumiputera Perkasa (Putra) meminta tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya berbuat sesuatu sekiranya kemelut politik berpanjangan.

BACA > Agong wajar bertindak jika politik negara memburuk – Putra — Suara Merdeka

Malah, dalam sidang akhbar semalam Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, mereka tidak menolak jika pelantikan Perdana Menteri dibuat ataupun Parlimen digantung. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button