Rencah Hidup

Najib ucap Selamat Hari Bapa

SAMBIL terkenang kenangan bersama Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ucap Selamat Hari Bapa kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga menasihatkan sesiapa yang masih mempunyai ayah supaya menghargai kehadirannya dalam kehidupan.

Ini kerana, apabila perginya ibu atau bapa umpama hilang satu doa paling mustajab di dunia ini.

“Saya baca FB (Facebook). Ramai orang post ucapan Selamat Hari Bapa.

BACA > Allah sedang menguji PH semangat setia kawan — Suara Merdeka

“Tiba-tiba terasa kekosongan. Ayahanda telah lama meninggalkan kita. Yang saya ada hanyalah kenangan. Al-Fatihah.”

Ringkas Najib dalam Facebooknya meluahkan kerinduannya kepada bapanya yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976.

Bekas Perdana Menteri kedua itu meninggal dunia akibat penyakit Leukemia ketika masih lagi berada dalam jawatan itu.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau banyak menyumbang kepada negara terutama apabila kebijaksanaannya dalam menangani konflik 13 Mei 1969.

Beliau mewujudkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang masih lagi dinikmati sehingga sekarang seperti penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Peneroka (Felda).

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10157141235645952/?type=3&theater

Selain itu, Penyata Razak yang pernah ditulisnya pada 1956 banyak mengubah sistem pendidikan negara yang masih lagi digunakan pada hari ini.

BACA > ‘Kita susah, tetapi ada lebih susah’ — Suara Merdeka

Ketika itu beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaya apabila memenangi pilihan raya umum (PRU) yang pertama pada Julai 1955.

Suara Merdeka ucapkan Selamat Hari Bapa kepada seluruh rakyat Malaysia. – SM

(Visited 843 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button