Hiburan

“Tentang isu royalti ini mungkin selepas ini, saya akan buat semakan”- Zamani

PENYANYI terkenal dari kumpulan Slam Zamani pada tahun 90 an merasa sedikit kesal kerana tidak pernah mengambil peduli tentang isu royalti sejak kariernya bermula.

Menurut platun lagu Gerimis mengunsedang, jika dahulu dia mengambil berat royalti lagu-lagunya, sekurangnya wang diterima dapat menampung keperluan hidupnya kini.

Lebih-lebih lagi ketika sedang bertarung dengan masalah kesihatan.

“Saya tidak pasti tentang isu royalti kerana sudah lama tidak ambil tahu. Untuk pengatahuan sekarang ini, saya hanya bergantung sepenuhnya kepada persembahan sebagai sumber pendapatan utama.

“Tentang isu royalti ini mungkin selepas ini, saya akan buat semakan,” jelasnya


Zamani juga teruja ingin berjumpa para peminatnya dengan adanya persembahan Konsert Doa buat para peminat pada 30 September ini di Zepp KL.

Konsert ini bertujuan untuk mengumpul dana, untuk mempermudahkan menjalani pembedahan tulang yang semakin menusuk di tulang pinggul.

“Ramai peminat minta saya berehat, namun niat saya nak buat konsert ini adalah untuk berkumpul bersama peminat sebelum menjalani pembedahan menjelang November nanti”

“Doktor memberitahu insyallah 100% boleh selamat, tetapi manalah tahu semasa pembedahan takdir Allah, jika saya tidak lagi berkesempatan  bertemu para peminat,” jelasnya

Doktor juga turut memberitahu kepada zamani, selepas sahaja menjalani pembedahan, dia perlu berehat selama 6 bulan.

Wang dari hasil konsert ini juga, adalah perbelajaan untuk tempoh sesi dia berehat selama 6 bulan.

Dalam persembahan tersebut Zamani akan menyanyikan 6 buah lagu pada malam itu, kerana mengambil kira faktor kesihatan.

Zamani juga sangat terharu ramai peminat yang mendoakannya dan turut memberi sumbagan demi biayai kos perubatanya.

“Bukan sahaja di Malaysia, malah peminat di Singapura, Brunei dan Indonesia turut mendoakan dan memberikan sedikit bantuan,”  katanya.

Dalam konsert menjelang akan datang, turut mengudang nama-nama besar seperti Fauziah Latiff, Datuk Ramli Sarip, dan Rahim Maarof yang merupakan idola kepada Zamani.

Penampilan istimewa, Datuk Aznil Hj Nawawi.

Dijangkan secara keseluruhan lagu  bakal di dendang sebanyak lima belas buah lagu. Persembahan itu juga dibuat secara santai, kerana mengambil kira faktor kesihatan Zamani.

Tiket konsert Doa Buat Zamani dijual pada harga bermula RM238, RM288, RM388 dan RM499. Layari www.mytickets.asia untuk maklumat lanjut. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button