Rencah Hidup

Tarikh Keramat Untuk Hari Bersejarah

Walaupun wabak Covid-19 masih belum reda, ramai pasangan yang sudah merancang untuk mengadakan majlis akad nikah setelah bertahun menjalin hubungan.

Keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan situasi pandemik Covid-19 menjadi salah satu faktor yang perlu diambil kira oleh pasangan yang mahu mendirikan masjid.

Bukan itu sahaja, kahwin cuma sekali seumur hidup jadi sudah tentu semua pasangan inginkan yang terbaik dalam pemilihan dari segi pakaian, lokasi, jemputan mahupun tarikh untuk dilangsungkan majlis.

Terdapat segelintir pasangan menetapkan tarikh perkahwinan yang membawa maksud tersendiri atau melambangkan momen penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, detik pertama kali berkenalan atau pada musim cuti umum.

Mari kita lihat tarikh-tarikh cantik tahun 2021 untuk diabadikan menjadi hari bersejarah dalam hidup pasangan pengantin.

Semoga semua pasangan mampu duduk berbincang dengan ahli keluarga untuk memilih tarikh terbaik bagi melangsungkan perkahwinan.

Boleh lah mula merancang majlis perkahwinan atau hari-hari yang penuh bermakna daripada tarikh diatas!

(Visited 581 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button