Nasionalpilihan

Tarik diri dan lari daripada amanah rakyat adalah tindakan tidak bertanggungjawab

AHLI Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional akan terus membantu kerajaan untuk menyelesaikan isu rakyat yang kini terjejas dan terkesan akibat Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai wakil rakyat dan Menteri, adalah tidak bertanggungjawab jika mereka meninggalkan kerajaan secara tergesa-gesa seperti yang diarahkan parti.

“Kita sebagai ahli yang setia kepada parti adalah untuk untuk berkhidmat kepada rakyat dan menarik diri serta merta dan lari daripada amanah rakyat adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Kita akan terus sokong titah Yang di-Peertuan Agong untuk terus kekal dalam kerajaan dan keputusan akan dibuat apabila tiba masanya,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan surat daripada parti yang memberikan masa selama 48 jam kepada Ahli Parlimen UMNO untuk memberikan maklum balas, Ismail Sabri berkata tindakan itu adalah bertentangan dengan undang-undang.

Menurut Ismail Sabri, mereka akan lihat semula perkara itu dan berbincang sebelum membuat keputusan.

“Oleh kerana arahan daripada Presiden UMNO melibatkan kami ahli parlimen, kami desak dia berjumpa dengan setiap ahli parlimen untuk menjelaskan hasrat.

“Kami rasa tidak boleh keluarkan arahan tanpa berjumpa dan jelaskan kepada kami. Kami merupakan pempin yang setia kepada parti tapi janganlah tindakan kita sampai merugikan parti dan bebankan rakyat,” katanya.

Terdahulu, 31 Ahli Parlimen termasuk Ismail Sabri menyatakan sokongan terhadap kerajaan dan Perikatan Nasional sekaligus bercanggah dengan tindakan parti UMNO yang menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional. -SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button