Taiwan bersikap hipokrasi dalam isu Palestin-Israel
BARU-BARU ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.
Beliau berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei.
“Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.
Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebut nama negara-negara tersebut secara langsung, namun salah satu negara yang dikritik oleh beliau adalah Taiwan yang menamakan diri sebagai simbol demokrasi asia.
Taiwan teguh berdiri bersama Israel sejak konflik Palestin-Israel tercetus pada 7 Okt. Pemerintah Taiwan segera menyokong propaganda Israel selepas konflik tercetus dan mengutuk Operasi Banjir Al-Aqsa sebagai serangan pengganas.
Pada 8 oktober, Presiden Taiwan Tsai Ing-wen berkata, bagi pihak rakyat dan kerajaan Taiwan, beliau menyatakan ucapan takziah kepada rakyat Israel. Taiwan merupakan negara demokrasi menentang apa-apa bentuk ancaman pengganas.
Naib Presiden Taiwan yang juga Pengerusi Parti Progresif Demokratik (DPP), Lai Ching-te juga berkata, Taiwan bersama masyarakat antarabangsa mengutuk ancaman pengganas dan serangan terhadap orang awam.
Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Israel, Lee Ya-ping menderma sejumlah AS$70 ribu kepada askar dan keluarga Israel melalui NGO Israel yang bernama Pitchon-Lev. Lee Ya-ping juga berkata, beliau berbangga bahawa Taiwan merupakan kumpulan pertama yang memberi bantuan dan sumbangan kepada Israel.
Walau bagaimanapun, Taiwan berpaling daripada serangan dan bencana kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
Selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melakukan serangan terhadap orang awam Gaza dan menghalang bekalan bantuan kepada penduduk Gaza, bahkan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap hospital di Gaza.
Pemerintah Taiwan berdiam diri terhadap jenayah perangan tersebut dan tidak ingin mengutuk Israel melanggar undang-undang antarabangsa seperti Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) secara terbuka.
Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Krisis di Gaza bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Apabila Israel menghadapi serangan, Taiwan segera menyatakan ucapan takziah dan memberi bantuan kepada Israel. Pada masa yang sama, Taiwan berpaling daripada penderitaan rakyat Gaza.
Jika Taiwan benar-benar mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia, sudah tiba masanya bagi Taiwan bersuara menyokong perjuangan rakyat Palestin dan meminta Israel mematuhi undang-undang antarabangsa.
Artikel berkaitan > Eksploitasi dan Kematian: Dasar Baharu Pandang ke Selatan Taiwan diganggu oleh skandal